CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 17, 2008

happy with love

I don’t know how its feel to have a love
From one I want a hug
I want a kiss
Make me really a bittersweet
Sometime it curious
For make me wondering
To have a love to live
Happy to be sing
You and I were meant to be together
Making our life so happier
Forever and ever
I won’t cry I won’t to be sad
Because you are the one being wrote to my destiny
I don’t know how to read your mind
But I think its find
Because you’re sincere through your feel
Hope the love we share
We brought together with care

my philosophy of love

Aku masih lagi membilang waktu yang sia-sia berlalu tanpa ada seseorang tahu kondisi diriku. Masih adakah secebis kasih sayang yang ada seperti dulu pada ku yang pernah aku agungkan pada yang lain sehinggakan menabur fitnah padaku dengan situasi seperti begitu…?

Pasti sekarang ramai yang tersenyum gembira bila aku sendiri tidak upaya untuk meyakinkan dia yang aku sayang dari mula ku tatap matanya, sehinggakan diri sendiri ku abaikan, hanya kerana dia seorang yang betul-betul menarik ku mendekatinya.

Jika sekarang aku mentitiskan air matapun, tidak seorang pun yang tahu mahupun dia, kerana aku menangis pada waktu malam yang tak pernah orang lihat. Juga kejauhan tanpa dilihat melalui mata kasar juga membuatkan aku sunyi tanpa dia di sisi.

Jika ku becerita tentang tangisan, pasti tiada yang percaya, kerana, aku seorang sendiri tidak mempercayai, aku menangis kerana dia. Adakah jika dengan pengetahuannya yang aku menangis hanya kerana dia, kasih sayangnya kan dicurahkan kembali pada ku??

Kadang-kadang aku sendiri akan tertawa pada muka ku, bukan nya aku cantik sangat untuk disayangi, bukannya aku seorang yang perlu disayangi, kalau sebaris manusia datang untuk uji bakat, pasti aku yang paling terakhir di tarik, mungkin juga tidak layak. Kerana aku tiada tarikan., tapi bukan aku minta untuk diagungkan, dijunjung dengan cara begitu, aku hanya inginkan kasih sayang yang kalau boleh, setiap hari aku ingin lihat kasih sayang itu muncul dihadapan mata.

Seperti manusia yang lain, pasti cemburu jika melihat seorang atau sepasang hangat bercinta, bukan kerana cemburu pada seseorang yang disayangi sebagai kawan, tetapi cemburu kerana kasih sayang yang diperolehnya, bukannya berniat jahat pun, tapi kalau boleh kita lari dari situasi itu. Tapi apakan daya, manusia punya kelemahan, dan takdir telah menentukan setiap manusia punya hujung pangkal kehidupan.

Mustahil dikatakan jika seseorang itu tidak mahu teman, pasti dia inginkan kasih sayang seperti kita inginkan, Cuma waktu belum datang. Atau kita sendiri yang gila pada seseorang itu, tanpa memberitahu pada orang yang kita sayang,jadi masalahnya pada diri kita yang hanya bertepuk sebelah tangan.

Aku tahu, kamu tahu, nilai diri kita tiada orang boleh nilaikan, hanya Tuhan yang satu berhak memberi kita nisbah pahala dan dosa, manusia hanya tahu meneka dengan kebarangkalian yang hanya dibuat tidak mencapai 100%.

Setiap manusia ada hak untuk bersuara, tapi untuk menetapkan harga seseorang,jangan sekali. Kerana kita bukan miliki sesiapa, ianya adalah anugerah yang Tuhan beri, manusia hanya tahu bila berbuat pahala dan berbuat dosa, kita bukan sempurna..
Sampai sini titik noktah kata November 2, 2008.