CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 18, 2008

dugaan

Setiap hari kita dikejutkan dengan sesuatu yang kita tidak harapkan...semua merasaan ianya seperti hari terakhir kita berdepan dengan kenyataan.tapi semua ini pasti dapat diletakkan sebagai dugaan yang mana kita sendiritidak dapat elakkan. dugaan pelbagai cara yang kita dapat, dugaan yang sentiasa dapat membawa diri kita bertapak ke atas lebih setingkat dalam hidup kita..
maksud ku disini, setiap apa dugaan pun, perkara tersebut akan dapat mematangkan kita.walaupun sedikit perubahan, tetap bukan diri kita yang dulu lagi, betul kan??
cuma apa yang kita perlukan adalah kekuatan dan keredhaan dariNya, dimana setiap kita menjalanikehidupan, disanalah kita perlukan kekuatan dalam mengharungi apa yang kita jalani.kuat dari segi mental, fizikal dan senyum setiap kali dalam ketakutan yang membelenggu.
apabila kita dapat menanganinya, nescaya kebaikan akan datang dengan membawa sinar yang amat menggembirakan,seperti apa yang dikatakan, walaupun sedikit tetap memberi makna."less is more.."
hanya perlu diingatkan, ketika mendapat kebaikan, jangan lupa pada keburukan yang kita alami,kerana sedikit kita lupakan, keburukan dulu dan yang baru akan muncul tanpa kita sedari..