CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 8, 2009

MAS AF sakit jiwa???

Bila kedengaran artis yang bernaung di syarikat Maestro itu, dikatakan sakit jiwa dan telah menyerang orang awam (betulkan jika salah), membuatkan industri musik kini bergegar dengan cerita tersebut.



Melalui sumber yang kita percayai, Melodi dan juga Galaksi (rancangan tv9), mengatakan bahawa dia tertekan dengan album yang dijanjikan oleh pihak maestro.



Pendapat saya mengenai hal ini bukan tertumpu kepada Mas untuk dipersalahkan sepenuhnya, pihak lain turut terlibat.



Seperti kata Freddy Fernandez, mengatakan bahawa, pihak maestro tidak berhasrat untuk menyambung kontrak dengan Mas, akan tetapi Mas menolak, kerana ingin terikat dengan Maestro lagi.



Jika freddy berkata yang Mas tidak begitu berbakat, mengapa dari awal lagi Akademi Fantasia mengambil Mas sebagai calon finalis Af musim ke-2?(betulkan jika salah).pihak pengkritik juga berkata bahawa Mas ada potensi untuk pergi jauh, tapi pada masa kini, Mas seperti dihindarkan jauh dari industri musik.



Bukan semua telah berbuat demikian, Azwan Ali sebagai contoh yang terbaik kerana mengambil beliau dalam rancangan amboi2, sebagai 'bulan jamaica', telah menaikkan lagi rancangan tersebut. apa-apa pun tetap Azwan Ali yang telah membantu sedikit sebanyak kehidupan Mas dalam Indsutri ini.



Mungkin Mas sendiri lemah dalam mengawal diri sehingga dikatan sakit jiwa kini(masih belum titik noktah sakit jiwa beliau), akan tetapi, tekanan perasaan pun, bukan semua boleh kawal, terutamanya, pihak wanita. Bukan maksud saya,wanita tidak cekal, tetapi sesetengah orang akan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah ini. Begitu juga lelaki.



Kepada keluarga Mas, harap dapat bersabar, dan kepada semua pihak yang terdekat dan jauh, harap dapat membantu Mas dalam meneruskan hidup yang lebih sempurna dan normal sedia kala. Kerana, Mas masih ada keluarga dan juga anak-anak, oleh yang demikian, dapatlah membantu beliau untuk meneruskan kehidupan seperti dahulu.